Ahad, 21 Ogos 2011

Ayam Masak Padang

Salam Hujung Minggu.

Hari ni menggulai ayam plak. Tapi cara jawalah plak. Asyik-asyik buat kari, sup, sambal atau masak merah, boring ler jugak. Sesekali cuba cara jawa. CK dan keluarga paling lauk2 Padang, especially sotong dan telur ikan. Pekena plak ngan sambal berminyak dia.. fuh...faberet along tu.


AYAM MASAK PADANG

Bahan-bahan
1 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
5 helai daun limau purut [koyakkan]
2 batang serai [ketukkan]
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
10 biji ciliapi [biarkan sebiji-sebiji]
2 biji tomato [belah 4]
1 keping asam keping
3 s/b minyak
garam

Bahan-bahan diblender halus
10 biji cili api
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan serai yg diketuk.
2. Bila dah naik minyak masukkan ayam dan biarkan sekejap.
3. Masukkan santan, daun limau purut, tomato. asam keping dan ciliapi.
4. Biarkan reneh dengan api perlahan sehingga mendidih dan naik minyak dan pekat.

Lauk ni sedap dimakan bersama nasi putih, roti, lemang atau ketupat. So...raya nanti bolehlah buat lagi. 




4 ulasan:

Taufan Bin Ribut berkata...

auw..auw..lapa balik bace entri ni..nanti nak soh mak buat lah ^_^

Entri Terkini : Mercun rocket buat aku terbang tinggi-tinggi

Entri terdahulu : Kita tak dapat beraya bersama tahun ni sayang =(

Qhaifa Nur berkata...

boleh makan dgn lemang, ketupat..ni yg tak tahan tgk....

dah follow jom follow qhaifanurin.blogspot.com

Sheila Shafeareen berkata...

Salam npk sdp tu ...nak cuba lah ptg ni buat utk lauk bebuka keluarga

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak..Nampak sedap ni..ada masa boleh gak cuba ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...