Ahad, 29 Disember 2013

Bun Manis

Salam... apa khabar semua. Lama CK tak update blog ni... dh bersawang dah :p 

Ok.. hari ni meh la kita makan roti. Asyik nasik jer hari2 sure borink kan!! hari ni Ck buat bun tuna, sardin, sosej, kelapa dan ayam cendawan... fuh..kenyang...tak payah masak nasik hari ni... hehehe....


Ni resipi yang selalu CK buat laaa.. alter dan adjust dari resipi2 di internet dan dapatlah yang terbaik..lembut, gebu dan tahan lama. 


Resipi
480gm tepung roti
20gm tepung jagung
11 gm yis segera
1/2 cwn gula halus
2 sb  susu tpg
1  sk double acting BP 
1 sk  bread improver
1 sk bread softner
1 sudu besar water roux
1 biji telur
180ml air
1 sk susu pekat manis
2 sb susu cair
2 sudu besar mentega


Water roux
1/4 cwn tepung gandum
250 ml air

satukan tepung dan air dan masak atas api sederhana hingga pekat. Sejukkan dan sedia digunakan. 

Nak dapatkan bun berkilat gini? sblm bakar, sapukan dengan kuning telur +campuran susu cair....dan sebaik saja roti masak dan dikeluarkan dari oven, sapukan plak dengan marjerin 


Cara-cara
masukkan semua bahan2 dalam Breadmaker, tekan On, set butang 'dough' dan biar dia menjalankan kerja sampai selesai. 
Bila selesai dan doh dah kembang 2 kali ganda, tumbuk doh untuk keluarkan angin, dan bolehlah diuli mengikut bentuk dan diletakkan inti yang disukai. 
bakar selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak


** Kalau takde breadmaker, boleh la uli guna tangan sampai doh jadi elastik. Apa makna nyer tu ek? doh yang elastik bermakna doh ditarik tak putus/pecah.. jika ditarik, doh akan nipis mcm kulit roti canai.. (errrr... faham ke?? ) brapa lama yer nk uli dengan tangan? lebih kurang 1 jam  (fuh..lama tu !! ) 1 jam tu bukan bermakna uli tanpa henti...rehat la kejap, kemudian uli balik. 

Ni roti kelapa, kegemaran CK


kat rumah CK ni, kalau buat bun kosong jer mmg tak laku laaa... tp kalo buat bun aneka inti, tak sempat sampai petang dah habis. Anak2 suka makan aneka bun. Kalo yang plain jer, alamatnyer keras jer laa...so kengkadang CK terpaksa la buat puding roti, baru la diorang makan


Bun sosej ni paling laris...kejap jer dah licin


Ok... sampai sini dulu... 

Jumaat, 20 Disember 2013

Bahulu Kampung

Salam Jumaat yang penuh barokah !!

CK suka makan bahulu, dan hari ni teringin plak nk makan bahulu cara orang lama, tak guna sebarang bahan penaik...hanya telur, gula dan tepung sahaja.


Resipinya senang ya amat

3 bj telur ayam
1/2 cawan gula
1 cawan tepung

Bila dh sukat semua bahan2 tu, panaskan sekejap gula dan tepung dlm oven...ni tujuannya agar bahulu tu ringan dan tahan lama... kalo orang dulu2, dia jemur jer kat tengah panas, tp cuaca Bukit Jalil hari ni mendung, so CK bakar jer dlm oven, suhu 160'c selama 15 minit

Lepas tu sejukkan tepung dan gula tadi. Biar oven panas, dan naikkan suhu menjadi 200'c. Panaskan sekali acuan bahulu. Letak minyak dalam acuan agar tidak melekat

Pukul telur sampai kembang. Dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi sampai putih.

Lepas tu, masukkan tepung sesudu demi sesudu. Perlahan2 gaul.

Buang minyak dalam acuan dan isikan dengan adunan bahulu 3/4 penuh. Bakar selama 15-20 minit (sampai masak laaa...warna light coklat )

** Bahulu CK ni dh terlebih masak, sbb sibuk main FB... hahaha... apapun, dalamnya lembut dan luarnya garing. Sesuai untuk minum petang bersama kopi O


Selasa, 17 Disember 2013

Stew Daging

Salam... banyak kawasan di KL dan Selangor mengalami gangguan air hari ni yer...so dinasihatkan janganlah makan kat luar sbb diragui kebersihannya...masak la sendiri kat rumah :p  (ayat poyo jer kan...hahaha )

Ok... hari ni CK masak stew daging. Lauk yang menjadi kegemaran seisi rumah. Kalo boleh tiap2 minggu wajib masak ni. Gandingan terbaik ialah bersama Nasi Mentega... sure licin punyer laaa....



Resipi Stew Daging
Bahan-bahan:
  • 500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
  • 2 biji bawang besar ~ potong dadu
  • 5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
  • 2 sudu pes bawang - resepi di bawah
  • 1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
  • 2 biji kentang ~ belah 4
  • 2 helai daun bay
  • 2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan gula
  • Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya.
Cara-cara
  • Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  • Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
  • Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
  • Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


Resipi Pes Bawang 

Bahan-bahan
  • 1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
  • 300 gm bawang putih ~ belah dua
  • 1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  • Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  • Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  • Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
  • Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.


Ni gambar minggu lepas,... ha kan Ck dah cakap, tiap2 minggu sure kena masak lauk ni...

Ok...sampai sini dulu...

Jumaat, 29 November 2013

Mee Kuah

Salam Jumaat...

CK banyak kerja sikit hari ni, so masak simple2 jer..campak2 apa yang patut, dan siap !! hahaha


Mee Kuah 
Bahan-bahan
Sebungkus mee kuning
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar cili giling/kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili3 sudu besar kicap manis 
Beberapa ekor udang, sotong,  
2 biji telur
Sawi, kobis, saleri 
Isi Ayam dan daging -hiris nipis
2 biji tomato
2 sudu besar udang kering ditumbuk
sebiji cili merah
Gula dan garam
Limau nipis/kasturi - jika suka


Cara-cara
Basuh mee dan toskan
Tumbuk bawang merah dan udang kering secara berasingan
Ketuk bawang putih.
Sayur sawi, tomato potong dengan cara biasa.
Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan bawang merah.dan cili giling. 
Biar sampai wangi dan masukkan udang kering.
 Biar seketika dan kemudian masukkan semua sos dan kicap.
Masukkan ayam, daging dan juga udang dan masukkan air secukupnya.
Biar sampai mendidih. Pecahkan telur sebiji- sebiji dan kacau jangan hancur. 
Masukkan mee, gula dan garam, dan sayur, 
Masak sekejap dan bolehlah diangkat. 
Hidangkan bersama limau nipis, cili merah, daun bawang dan bawang goreng. 



Ok...siap semua... anak2 dah pun santap.. tunggu Jebat jer blom balik lagi...harap2 dia dah makan kat tempat keje .. hahaha

♥ ♥ ♥

Isnin, 25 November 2013

Cream Puff

Salam...

♪ ♫ Saksikan laaahhhhh ♪ ♫  jamu mata jer yer, sbb cream puff nya dah pun habis. Ni CK buat semalam, untuk bekalan dalam kereta (kami ke Kuala Selangor, borong hasil laut, sbb stok dalam freezer dah habis)  dan untuk anak buah yang datang rumah. 


Kali ni mmg sukses la cream puff nya, debab2 gitu. Harapnya badan CK takde la ikut tembam macam cream puff ni. Makan dua bijik jer dah kenyang.

Cream Puff
Resepi:Yani@myresipi.com

Bahan-bahan 


100ml air
45gm butter-suhu bilik, potong 1cm
60gm tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara-cara


Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
1.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
3.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
4.Masukkan telur, kacau cepat-cepat
5.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. 
6.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
7.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
8.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.




Inti kastat nya adalah lebihan CK buat fruit tart hasil tempahan untuk candy buffet sabtu lepas. Daripada membazir, baiklah dimasukkan dalam perut cream puff ni, seterusnya masuk ke perut orang... hahaha....

Custard Cream

Resepi:honey@myresipi.com
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

Cara-cara
Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.



Dan inilah tujuan anak buah CK datang rumah. Nk bagi sourvenior dari London. Dia ke London atas urusan kerja dengan bossnya, Rizalman Ibrahim (pereka fesyen terkenal tu)

Seronok kat London katanya. Jom la mksu kita pi sana.... terus jebat menjawab.. "mksu ko kalo pegi, sure kena bawak tong gas besar"  ... hahahaha..... mengata la tu, diorang tau CK ni tak tahan sejuk, sekejap2 athma attack.. so cemmana nk pegi tempat sejuk mcm London yg suhunya mencecah 11'c (waktu sekarang ni)
Ermmm.. takpe laaa.. CK dok kat dapur buat kek jer laaa !!  :(


Setiap kali anak buah CK ke tempat asing, sure CK kirim FM kat dia.. kalo tak pesan pun, dia mesti tau punya.


Keychain S  tu untuk Jebat , dan C utk CK.. hehehe...



Ok..sampai sini dulu...

♥ ♥ ♥

Sabtu, 23 November 2013

Ketam Berempah

Salam...
Anak2 CK suka makan ketam, tp tak tau nk makan ketam. Adoiiii... susahnya..mak bapaknyer plak terpaksa cungkil isi ketam tu untuk mereka... Sbb tu kat rumah ni jarang beli ketam..susah nk makan.. hehehe... ikan pun anak2 tak reti nk makan. Asyik membedal ayam jer....

 Ayam masak merah kegemaran anak2... hari2 masak ayam pun takpe....


Haaaa... ni baru ketam... meh tgk resipinya

Bahan-bahan
3 ekor ketam (dibersihkan)
1 biji telur
Daun ketumbar dihiris panjang (untuk ditabur)

Bahan tumbuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan sos
2 sb sos tomato
1 sb sos tiram
1 sb sos ikan

Bahan lain
2 sb serbuk kari
1 sb pes cili kering
garam, gula secukup rasa

Cara-cara
Tumis bahan yang ditumbuk hingga kuning kemudian masukkan pes cili kering dan masak hingga  garing, kemudian masukkan serbuk kari. Masukkan sedikit air dan biar rempah masak.
Bila rempah dah naik minyak, masukkan bahan sos. Boleh tambah air.
Masukkan ketam dan biar ketam masak sepenuhnya
Bila ketam dah masak, pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali. Biar kuah memekat. Perisakan dengan garam, gula dan perisa
Akhir sekali, sebelum ditutup api, taburkan daun ketumbar. Kacau dan angkat. Siap


 Labu manis masak lemak putih. Campur sikit dengan udang hidup yang kecil tu.

 Tiga lauk cukup lah yer...takde mood nk masak2 selagi Jebat tak belikan Note 3 ...
hahahaha... (ngade je kan) 

 Layan jer la aksi anak2 bulus CK ni. Ni Timmy, adik kepada Boboi yang kat bawah tu. Tiimy ni kesayangan CK. 

 Aksi anak bulus CK setiap hari. Ni si Boboi, kesayangan Jebat.. tu dia tengah tunggu kepulangan tuan yg disayanginya la tu... Pukul 1 jer, mesti si boboi ni dah terjegat di depan pintu. Sesekali dia akan panjat jaring tu, tinjau ke jalanraya, nk tengok papa dia dah balik ke blom... Mujurlah kami dah letakkan jaring ni (tujuan asal nk elak tikus masuk rumah) Jika tidak, sure si Boboi ni dah tunggu papa dia kat simpang jalan nun... hahaha...Alahai Boboi !!

Khamis, 21 November 2013

Garlic Bread, Mushroom Soup and Sausage

Salam... time cuti sekolah ni, CK dh takde idea untuk buat breakfast anak2...asyik2 roti, nugget, diorang pun dh bosan.. tambah lagi dengan kek, ermmm..lagi laa..dipandang sepi jer

Hari ni buat breakfast ala2 western plak...kebetulan beli roti panjang tu kat Tesco semalam. CK potong2 dan sapukan dengan garlic butter...kemudian bakar


Untuk supnya plak, lagi la senang, Cambell Soup dlm tin dengan perisa cendawan...Buka, tuang dlm periuk dan panaskan.


Sosej tu, CK potong kecil2, panaskan sedikit butter, masukkan bwang dipotong baji dan masukkan skali sosej... kemudian pecahkan sebiji telur. Renjiskan dengan serbuk lada hitam, garam...kacau dan siap !!


So...siap la breakfast hari ni...Esok plak..adoiii...buntu hari2 dok fikir nk bagi makan apa diorang ni..



Cheese Kek Leleh yang  mendapat permintaan tinggi setiap minggu, tp anak2 dah tak heran nk rasa..dah JEMU, MUAK.. mungkin nk rasa hasil airtangan orang lain kot




♥ ♥ ♥

Sabtu, 16 November 2013

Aneka Roti

Salam sabtu... hari ni CK tak masak nasi (dh jemu agaknya) jadi buatlah roti. Agak lama jugak cik Breadmaker tu terbungkus dalam plastik dan letak bawah meja. Kesian kan...so hari ni CK keluarkan dia dan suruh bekerja.. hahahaha


Bahan-bahannya:
500 g  tepung roti
1 biji telur
3/4 cawan gula
1 sudu besar susu tepung/horlick
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar shortening
1 peket mauripan (11g)
1 st bread softner
1 st bread improver
 
Cara-cara
On kan breadmaker, pilih setting doh, dan masukkan semua bahan2 dalam breadmaker... biar dia buat kerja sampai tamat masa. Dah siap, boleh keluarkan dan tumbuk untuk buang angin, kemudian bolehlah dibentuk dan letak inti yang disukai



Pizza bun, yang menjadi rebutan anak2, sekejap jer dh abis... lom kuar oven lagi dan tunggu dengan pinggan kosong.. hahaha


Ni bun kosong, saja CK buat yang kosong ni, konon nk makan dengan kuah durian atau kuah kari

 Ban kacang merah

  Ban sosej


Tips CK utk dapatkan bun yg berkilat: Sebelum bakar, sapu ban dengan telur, pastu bakar. Bila dh siap bakar, keluar dari oven, sapukan pula dengan butter... siap !!!


Ini pun roti gak, tp roti jala, hahahaha... jgn marah yer !!! 


Ok..sampai sini dulu 

Khamis, 14 November 2013

Roti Jala & Kari Ayam

Salam Rabu buat sahabat alam maya semua...

Pagi ni CK mem'breakfast'kan anak-anak (uish...ayat hancus kan... ) erti sebenar- bagi anak2 makan sarapan pagi dengan roti jala... hehehe...  semalam buat kari ayam, so ada banyak lebih... dan roti jala frozen mmg dah sedia ada dalam esbox... waaa...senang keje kan... siap satu menu... hahaha


ROTI JALA
Bahan:
1 kg tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan santan cair
1 bj telur
1 sk garam halus
Air secukupnya
Sedikit pewarna kuning

Caranya :
Dlm bekas besar satukan semua bahan. .. CK pakai blender jer... 
Agak2 la airnya agar tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat...
Adunan seperti kuih ketayap
Dah siap, bolehlah menjala di atas kuali leper non stik




pagi ni hanya sempat panaskan kari ayam jer laa...stok kuah durian pun ada lagi dalam esbox tu (pemberian kawan CK, datin Siti Suhaida) so sebelah petang nanti boleh repeat dengan kuah durian plak



Ok...sampai sini dulu... selamat bersarapan buat semua kawan2. 



Isnin, 11 November 2013

Gelama Masak Taucu

Salam... 

Hari isnin gini mmg takde mood sikit kan... hahaha... tp kerja ttp kena diteruskan.... dan hari ni, CK masak ikan. Hasil pancingan dari Jebat yang turun ke laut semalam. Selama ni asyik pegi memancing kolam air masin jer, tp kali ni nk cuba memancing di lautan luas.


IKAN MASAK TAUCU (ni style kering)Bahan-bahannya:
3 ekor ikan gelama
1 camca besar taucu
1 camca besar sos tiram
sedikit air
Sedikit sos ikan
Secubit gula
1 bawang besar bersaiz sederhana - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1/2 " halia - dihiris
1 biji bawang besar- dihiris kasar untuk hiasan

Cara Membuatnya :
Ikan di potong pada saiz sederhana, cuci bersih & lumur dengan sedikit kunyit, kemudian goreng & toskan.
Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang besar, bawang putih , cili merah & halia hingga harum & keperangan.
Masukkan taucu & sos tiram, masukkan sedikit air, masak hingga mendidih. 
Setelah mendidih masukkan ikan & renjis dengan sos ikan.
Rasakan lah garam & gula secukup rasa.
Sediakan hidangan dengan nasi putih...


Inilah hasil tangkapan semalam... ada ikan pari, senangin, gelama  dan duri.


Rombongan ke laut seramai 9 orang api dan 1 orang minyak .. hehehe... (TNB dan Petronas).. Naik kat jeti Sg Kembong Port Klang, 7 pagi sampai 7 malam... Puas diorang memancing...seronok katanya... ada next trip la jawabnyer tu

Jumaat, 1 November 2013

Masak Lemak Ketam dan cuti sekolah pun bermula

Salam...

Hari ini anak sulung CK yg tingkatan 1 tu dah start cuti sekolah (cuti SPM) Ini bermakna, bermulalah aktiviti sibuk di dapur/ofisku itu... dah berderet order, semoga diberi kesihatan yang baik bagi melaksanakan tugas yg diberikan... insyaalah !! 



Layan jer la lauk jarang masak kat rumah CK ni, KETAM (jarang masak sbb si tukang masaknyer alergik makanan laut, hehehe...) ni pun ck tak brani makan, cuma ambik nenasnyer je...

Sebenarnya hari minggu lepas, CK dan adik beradik yg lain melawat ayah saudara CK di seksyen 18 shah alam... lepas tu kami sekeluarga jalan2 plak ke Kuala Selangor (mcm takde tempat lain nk jalan kan... hahahaha ) 

Tapi disebabkan hujan, tak dpt la kami naik bukit Melawati tu, so pegi la ke pasar... Jebat pun apa lagi, memborong makanan laut tak hengat dunia laaa.. Murah dan Fresh !!!

Hasilnya 2 kotak ais ni penuh dengan makanan laut spt ikan, ketam, sotong, siput, kepah dll... adoiiii...sib baik la jauh, kalo dekat, mau kami sekeluarga dapat Gaot angkara makan hasil laut fresh hari2.

Ok laaa....

                                                  ******************************

Jom layan gambar2 untuk order hari ni... si tuan punyer baru jer ambik tengahari tadi.. lepas tu CK plak hantar order2 untuk kawan2 di Jalan Petaling, UM dan Taman Desa


First time diberi tugas membuat fondant...adusss... masih banyak yang nk kena belajar...mujur la ada cikgu yang sudi beri tunjuk ajar dan komen.. Terima kasih Leen, kalo tidak, sampai bila2 pun takde peningkatan (mujur sel2 otak berhubung...eh, mcm iklan Enmum Essential la plak...hahahaha )

Coklat ni simple2 jer.. request dari pengantin...takmo semak2, takmo tulis2 nama.. inti kekacang jer dalamnya...

Adusss... kek yang hangat masa kini. Kek Keju Meleleh...order dari kawan2 di UM sempena mesyuarat Persatuan Editor Malaysia. Dah alang2 hantar ke UM, kawan2 di sepanjang laluan tu pun selit2 order sekali... sudahnyer...sampai ke Desa Water Park CK dan anak2 merayap...

Alhamdulillah...terima komen baik dr kengkawan

hahahaha...time kasih semua kawan2.. andai kata ada yg tak kena, silalah komen krn CK sentiasa bersedia menerima sebarang komen untk meningkatkan lagi kualiti produk 


Ni versi kek budget, kek coklat moist... tempahan jiran untuk jirannya (kaum India nk sambut deepavali)... ada jugak kek buah kukus.. First time terima order, selama ni buat makan2 keluarga jer... tapi tu laa...sampai 4 jam nk kukus kek ni...mmg menduga kesabaran.... mula sblm Mr Arrogant, habisnya setelah tamat Fira Ayuni... huhh... bising si Jebat takleh guna dapur... hahaha 


                                        *********************************


OK... Sampai sini dulu. Kalau nk order, silalah ke FB CK yer.. klik sini 
tapi order untuk minggu depan ni (sampai 8hb) dah penuh yer...MAAF !! selepas 8hb ok !!



Isnin, 21 Oktober 2013

Donut

Salam... apa khabar? 
Mari minum petang bersama donut. CK buat donut frozen pagi tadi. Takde la rajin sangat nk meniaga frozen food balik (setelah hampir setahun tak buat frozen).. inipun sbb family besar CK nk datang rumah hujung minggu ni. So diorang request kuih2 sedap... so inilah salah satunya yang menjadi kegemaran anak2 buah dan cucu2.


 Bulan lepas, Ck ada tolong satu adik ni (dr gombak) menjual produk2 frozen. CK ambik karipap pusing dan donut. Semasa diwar-war pada kawan2 tentang produk adik ni, CK dah cakap, kuih2 frozen kali ni bukan airtangan CK dan bukan juga dr anak murid/wakil jualan CK. Dan...mereka pun setuju nk cuba... tp last2...komen yang diterima ?
""errr CK, donut yang awak buat sendiri takde ke? yang ari tu punya tak sedap laaa "
"kak, donutnya keras sikit, takbleh lawan donut buatan kau kak !! "
"Noorma, aku nk donut dan karipap yang kau buat sendiri, orang lain punya tak nak !! "
Aduh la kawan2 ku ini... takmo bagi peluang lansung kat peniaga baru... kalau CK punya masa dan tangan yang banyak, dah tentu peti es korang dipenuhi dengan produk frozen aku... tp apakan daya kan.. maaf laaa sekalian...

Tapi, jangan risau, kat sini CK sertakan resipi...buatlah sendiri yer... (hehehe...sure la tak sama kan...mcm masakan ibu, takkan sama yer dak !! )

Bahan-bahan
200g tepung roti
1 sudu kecil dry yeast
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil bread softner
1/2 sudu kecil bread improverlist
140ml susu segar
20g butter
minyak masak untuk menggoreng
gula halus untuk menyalut donut

Cara-cara
Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau
Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
Masukkan pula butter
Kacau sehingga sekata
Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
Uli sehingga tak melekat ditangan
Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
Canaikan lagi dan terap dengan acuan donut.
Rehatkan sebentar dan tunggu donut naik sekali lagi.
Goreng dalam minyak panas
Salut dengan gula atau topping yang disukai.


Ni donut jimat topping yer.. sekadar menyahut seruan kementerian kesihatan, kurangkan manis dalam makanan, dan lebihkan manis dalam senyuman...ewahhhhh. !!!  alaaa.. untuk kami makan anak beranak jer...takyah lawa2 sangat laaaa....


Ahad, 20 Oktober 2013

Bubur Nasi

Salam Ahad buat semua

Hari ni masak bubur nasi untuk lunch... apsal ek? ni request dari anak2, dan memandangkan Jebat pun tak brapa sihat (sakit perut), so bubur nasi adalah makanan terbaik.. suka,suka !!!


Selalunya kalo makan bubur, takbleh makan plain jer gitu, mesti ada lauk2 sampingan. Dan hari ini ada ayam goreng berempah, telur masin, ikan masin dan sayur lobak asin (tak sempat nk snap)

Bahan-bahan
- 1 cawan beras
- 8 cawan air (terpulang la nak lembik atau pejal bubur tu nanti)
- 2 biji kentang (potong kecil2)
- 1 labu bwg besar ( hiris)
- 2 ulas bwg putih (hiris)
- 2 inci halia (hiris)
- 4 ketul daging ayam
- sedikit perasa ayam, lada hitam, lada putih & garam

Cara-cara
Tumiskan bahan2 hiris hingga naik bau.
Masukkan air, biarkan mendidih.
Masukkan beras, kacau dan didihkan sekali lagi dgn api besar.
Kemudian masukkan ayam dan kentang. Kacau dan tambahkan bahan2 perasa.

Masakkan bubur dgn api sederhana/kecil hingga kelihatan pekat & kembang. Tambah air jika tekstur beras kelihatan seperti nasi. Kacau sekali-sekala.


Ni  pinggan orang sakit... hehehe... bubur nasi + nescafe 


Sebenarnya, CK ni pun dah nak demam dah...tu yang takde selera nk makan nasik... nk benda2 soft plak... ok...layan gambar2 kek hari ni.... order dari Yan dan Lova untuk minum petang...time kasih !! 

 Kek Coklat Moist..kek wajib tempah cik Lova... untie dia suka sangat kek ni 

 Sekarang ni musim kek keju leleh kan.. semua bakers dok menjual kek ni.. orang pun suka makan... hari ni CK buat perisa cappuchino, oren, strawberry dan pandan.

 Kek Red Velvet sentiasa mendapat tempahan... in cup la plak...layer blueberry... ada customer cakap macam aiskrim .. entah laa... kat mana datang aiskrimnya encik Syahrul oiiiii 

Sebahagian tempahan hari ini... alhamdulillah !! 


Ok... setakat hari ini sajalah nampaknya yer... bermula rabu-isnin (23-28) ni CK tutup tempahan yer... atas arahan jebat ( kena patuh la arahan orang besar) CK tak dpt ambik tempahan sbb nk kemas rumah dan lain2 urusan di dapur...almaklum laa...rombongan keluarga besar CK nk datang hujung minggu ni... so rumah takbleh macam kapal karam...Kang malu dengan abang2 dan kakak2 ... hehehe.... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...