Isnin, 24 November 2014

Nasi Dagang

Salam... lama juak tak update blog...sorry naik lorry....CK teramatlah bz sejak dua menjak ni... 
Ok...hari ni nk tayang menu kesukaan baby Rayyan, iaitu Nasi Dagang. Kali ni buat versi Terengganu plak, coz beras nasi dagang out of stock. Malas plak nk start kete gi beli kat pasar borong 


 Kalau masak nasi dagang ni, kena lebih2, sbb anak2 makan berulang kali. Selain gulai ikan tongkol, ada gak ayam goreng... saja buat tambah2 lauk.


Bahan-bahan
1 cawan beras wangi
1/2 cawan beras pulut
Santan cair
Santan pekat
Garam
Bawang merah (dihiris halus)
Bawang putih (dihiris halus)
Halia (dihiris halus)
1 sudu kecil halba

Cara-cara
Beras disatukan. Rendam semalaman atau sekurang2nyer 6 jam. Kemudian toskan
Sediakan periuk kukus. Buat kukusan pertama. Kukus beras sampai setengah masak.Kemudian, gaul dgn santan cair.Santan tu biar dpt basah2 beras tu jer. Kukus lagi sampai nasik masak. Kemudian, gaulkan nasik dgn santan pekat, garam,hirisan bwg, halia dan halba. 
Masak lagi sehingga bawang dan bhn lain layu. Boleh la dihidangkan


 GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol 500 gm- potong kecil
4 keping asam gelugor(keping)
1 camca besar gula melaka- aku letak sikit jer
1 st garam
1/2 inci halia-hiris
3 ulas bawang putih- diketuk
air secukupnya

**** rebus semua bahan di atas hingga ikan empuk.

Bahan lain:
700 ml santan sederhana pekat
1 batang serai dititik
5-6 biji cili padi- ketuk
1 sudu besar kerisik
garam dan perasa
2 sudu besar cili kisar


Bahan dikisar halus:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sm lengkuas
2 sudu besar ketumbar
15 biji cili padi kampung
1 st jintan putih
2 biji buah keras- ni aku tak letak sbb takde stok

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan kerisik. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan 1 cawan air rebusan, santan, ikan, cili padi, asam gelugor , serai, garam dan perasa. Masak  hingga kuah pekat. SIAP


Acar
Timun, lobak merah, bawang
cuka, garam, gula
** timun, lobak merah dan bawang dihiris nipis, kemudian gaulkan bersama gula, garam dan setitik dua cuka makan. Siap


OK... sampai sini dulu :)

Rabu, 22 Oktober 2014

Apom Lenggang

Salam...  

Pernah makan apom lenggang tak? ada setengah tempat panggil apam lemak manis...tp di melaka, ada yang panggil kuih serabai (ni kawan CK yg cakap laaa ) katanya serabai dulu dlm acuan, tp nk mudah, diorang dadar jer...

Ok... kuih ni mmg sedap.. dh lama tak makan. Dulu ada arwah mak, selalu la mak buat untuk breakfast, tp tak seorang pun dari kami adik beradik nk belajar membuatnya. Bila mak dh takde, baru la masing2 menyesal.


Mujur la ada seorang blogger sudi kongsi resipinya. Tengkiu kak Mimi. Jasamu dikenang :) 

Ada tempat kata kuih ni dimakan dengan kuah. Kat Melaka makan ngan kuah gula melaka, dan disebelah utara makan ngan santan manis. Tapi CK makan mcm tu jer pun dh sedap. Takyah kuah pun dah sedap


 Ok... ini resipinya... sapa yang teringin, boleh la buat


Disebabkan ini percubaan pertama, maka CK cuba buat setengah adunan dulu. Dapat la dlm 9 keping saiz kecil...cukup laaa...


Ok..selamat mencuba !!


Khamis, 9 Oktober 2014

Mee Rebus Tulang

Salam...
Ck memang suka mee, tak kiralah mee goreng, sup, kari, kuah, dll....sume suka... ok...hari ni CK kongsi mee rebus tulang plak yer, memandangkan mood raya korban blom abis lagi...hehehe....


Mee Rebus Tulang Cendanakasih
1/2  kg Daging tetel lembu 
1/2 kilo tulang lembu 
10 biji bawang merah *5 ulas bawang putih *
1 inci halia*
1/2 inci lengkuang*
1 senduk pes cili boh
1 peket kecik taucu- dihancurkan halus
3 biji ubi kentang (direbus dan kisar)
1/2 cawan sos tomato3 batang serai dititik½ mangkuk kecik kacang tanah disangai dan ditumbuk
3 keping biskut lemak
garamsedikit gula melakakiub daging 

Bahan lain
2 bungkus mee, dicelur dan toskan
taugeh- dicelur sekejap
daun sup, daun bawang
bawang goreng
telur rebus, cucur udang
tauhu- digoreng dahulu 
cili merah, cili padi

Cara-cara
Bahan bertanda * dikisar halus
daging tetel dan tulang direbus hingga empuk (CK masuk dlm pressure cooker dan masak selama 1/2 jam) 
tumis bahan kisar hingga naik bau,kemudian masukkan cili boh. Masak sampai cili garing/pecah minyak
Masukkan daging,tulang yg direbus tadi bersama kuahnya sekali. Masukkan bahan2 lain dan masak hingga kuah mendidih dan ikut kepekatan yg disukai. Siap dan bolehlah dinikmati 





Kalo makan mee rebus, CK dah terbiasa makan ngan cucur udang..tp ikut sukati koranglah yer...kalo malas buat cucur udang, belasah jer la ngan apa yg korang suka...hehehe....

Ok..sampai sini dulu...  

Jumaat, 3 Oktober 2014

Kuih Koci Labu Inti Durian

Salam Jumaat

hari ni Ck buat kuih koci labu plak. Walaupun takde sambutan untuk kuih2 tradisional di rumah ni, tp CK buat jugak laaa sbb empunya badan teringin nk makan....




Look's temptation right ?? ermm... inilah akibatnya kalo dh teringin. Buat jugak laaaa... makan seketui dua pun cukup utk melepaskan rasa teringin



Kuih koci zaman sekarang dah senang nk membuatnya. Kalo ikut cara tradisional, lain caranya.

Ok...ini resipinya yer...


Dapat la sepinggan... Ck makan 2 bijik, jebat makan 2 bijik, anak2 blom tahu lagi...ermmm..... takpe, jiran sebelah menyebelah ramai...jap lagi kalo diorang datang, boleh la rasa




OK...sampai sini dulu.


Isnin, 29 September 2014

Sup Tulang Merah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Selamat Hari Isnin semua. Apa khabar? diharapkan sihat hendaknya. Hari ni CK tayang bone steak la plak yer...atau dalam bahasa melayunya Sup Tulang Merah. Bila dah jemu makan sup biasa, CK akan buat plak style gini. Sedap dicicah bersama roti putih, roti arab mahupun roti puri.


Masih lagi mengekalkan resipi yang sama, dari kak Fida. CK ni kalo dah jumpa resipi yang sedap, takmo cuba2 resipi lain dah. Tapi kali ni CK ambil jalan mudah, gunakan serbuk2 rempah ketumbar, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Takyah tumbuk2 dah...hehehehe.. satukan semua serbuk rempah tu, dan sangai sekejap di atas api perlahan. Yang lain semua sama.

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
• 1 kilo tulang *- cuci bersih
• 3 helai daun pandan*
• 1 btg serai*
• 4 ulas bwg putih* -diketuk
• 1 ibu jari halia* -diketuk
• (Bahan2 * di atas disatukan di dlm periuk besar dan masukkan air secukupnya hingga tulang tenggelam dan rebus.
• 2 sb ketumbar biji*
• 1 sb jintan kasar*
• 3/4 sb jintan halus*
• 1/2 sb lada hitam/putih*
• (4 bahan * di atas disangar dan dikisar halus )
• 10-15 tangkai cili kering
• 10 ulas bwg merah
• 5 ulas bwh putih
• 1 botol tomato sos
• 2 sb kicap manis
• kobis,carrot,kentang -dipotong ikut suka
• 1-2 biji bwg besar - dibelah
• cili hijau - dipotong
• 2 biji telur - di kocok
• Daun sop/daun bawang atau daun ketumbar
• 1/2 cwn bawang goreng
• 1/2 cwn kacang peas -utk tabur

Cara-cara
1. Rempah yg disangar dan dikisar di masukkan ke dlm rebusan tulang dan rebus hingga daging pd tulang empuk.
2. Cili kering,bwg merah,bwg putih dan sehiris halia dikisar dan ditumis hingga garing.
3. Tuangkan(2) ke dlm rebusan tulang dan gaul rata.Masukkan kobis,cili hijau,carrot, kentang,bawang hiris,sos tomato,kicap,garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk.
4. Tambahkan 1/2 bhgian daun sop,daun bwg(daun ketumbar) dan bwg goreng dan gaul rata lagi.
5. Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat.
6. Ketika menghidang, tabur kcg peas dan lebihan daun2 dan bwg goreng.
7. Rempah2 yang disangar juga boleh digantikan dgn rempah steak yg sedia ade dijual.



Ok.. minggu depan raya korban kan. Sure korang dapat banyak tulang2 lembu...so boleh la buat sup tulang merah ni..Memang marbeles wa cakap lu... hehehe.... (brutal plak CK hari ni.... hahaha)


Khamis, 25 September 2014

Laksa

Salam.... dh 2 minggu berturut2 CK buat laksa kat rumah ni, mula2 tu untuk makan2 family, tetiba ada plak kengkawan datang menerjah... so rezeki kawan2 la yer... 

dan bila dah puas makan, terpaksa lah ada siaran ulangan... 



Bila dh buat kali kedua ni, makan lah puas2 yer wahai suami dan anak2. Siaran ulangan macam astro ler plak

Masih lagi resipi yang biasa2 jer...tp cara membuatnya kenalah pandai yer...lain tangan, lain rasanya...hahaha.... Kali ini CK guna ikan mackarel fresh campur plak dengan ikan kembung hasil pancingan jebat kat laut.. opppsss..CK tau sekarang ni tengah trending laksa kuah sadin, tp CK tak minat nk cuba, sbb tak tahan dengan bau hanyir sadin tu... kerja susah sikit takpe la, asalkan dapat makan sedap. 

Bahan-bahan untuk kuah laksa
ikan mackarel + kembong fresh
bawang merah
belacan
petis
cili kering kisar
asam keping
bunga kantan-dibelah 4
daun kesum
air
garam, perasa

Cara-cara
1.Ikan kembung direbus, kemudian toskan. Ambil isinya dan asingkan tulangnya. Isi ikan diblender dan asingkan dalam satu bekas
2.Sementara itu, tulang-tulang ikan tadi jangan dibuang. Blender bersama sedikit air hingga halus dan tapis.
3.Bersihkan blender dari sisa tulang ikan dan masukkan bawang merah, belacan dan cili kisar. Blender sampai halus
4.Masukkan bawang yang diblender tadi ke dalam periuk bersama dengan air kisaran tulang ikan yang ditapis tadi.
5.Letakkan bunga kantan, daun kesum. petis dan asam keping.
6.Hidupkan api dan masak sampai mendidih.
7.Masukkan air dan isi ikan yang diblender. Kuantiti air bergantung kepada banyak mana kuah yang dikehendaki. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kalo kurang masam, boleh tambah lagi asam keping.
8.Masak sampai mendidih.

Bahan-bahan lain
laksa-direbus dahulu
timun-dicincang
bawang merah-dihiris halus
daun salad-dihiris halus
cili merah, cili padi-dihiris halus
daun pudina
telur rebus


Ni versi CK. Suka makan laksa dengan telur mata kerbau. Baru ada feel...hahaha....


Laksa buatan sendiri, laksa tepung gandum... bukan tepung beras yer... laksa tepung gandum lebih kenyal tapi lembut....ermmm...cannot describe lah....orang kuala kangsar jer yg tahu 

untuk resipi laksa tepung gandum, boleh tengok sini yer 

Bahan-bahan
-1 kg tepung gandum
-air dicampur sedikit garam
-minyak

 Cara-cara:
Masukkan tepung dalam mangkuk besar
Masukkan air sikit2 uli sebati (macam uli roti canai) tp jgn terlalu lembik..
Kemudian bahagi kepada beberapa ketul kecil..
Canai nipis dan sapukan minyak
Guna mesin mee dan mesin
Rebus dalam air panas yang telah menggelegak
Biar sampai masak (nak tau dah masak bila tepung yg direbus dah naik ke permukaan periuk)
Tos dan bilas...
Laksa yg dah direbus sama mcm megi yg dicelur...


OK...sampai sini dulu...Minggu ini bz, bz dan bz

Isnin, 22 September 2014

Pisang Goreng Rangup

Salam....apa khabar semua. Hari ini mulakan tugas spt biasa setelah seminggu bercuti...dan hari ni ÇK pertama kali update blog dari tab... senang sbb gambar semua dlm tab kan....

Ok lah... hari ni tayang goreng pisang jer... tp resipi ni agak menarik sbb diletakkan biskut cream crackers dalam adunan tepung tu....memula nampak pelik, tp nak cuba jugak la... resipi dari seseorang yg berkongsi petua goreng pisang rangup di FB


 sori... gambar tak sempat nk possing lawa2,  dslr bagai yer...keluar jer dr kuali, terus masuk dlm pinggan dan hidang...ambik tab dan snap... kalo sejuk nanti dh tak sedap nk makan...sambil2 tu post kat group wassap...bagi kawan2 terliur...hahaha


Resipi
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar air kapur
Sedikit gula garam
2 keping biskut cream creakers-ditumbuk halus
Air secukupnya

Cara cara
Gaul, adun semua bahan2 macam buat batter goreng pisang yg biasa tu. Jangan terlampau cair
Goreng pisang mcm biasa




inilah dia asal pisangnyer...dari melaka... actually ck sekeluarga jalan2 di melaka, bawak anak masuk zoo... on d way balik kami singgah la rumah mak mertua di sungai udang... jebat plak cakap letih..nk bermalam kat sana...so ikutkan jer laaaa..... esok paginya, mak mertua pun suruh la dua orang anak lelakinya kemas kebun pisang tu. Sempat gak la ambik daun pisang untuk buat bungkus nasi lemak...hahahaha....


Inilah rumah mak mertua yang masih belum siap... tengah nk renovate untuk besarkan rumah, buat bilik dll.... rumah mmg kecik, tambah plak bila semua anak2 balik. CK mmg tak selesa, tp nk buat cemmana kan.. kalo ajak bermalam di hotel nanti, ada yang kecik ati. So tahan jer laaaa... Dulu ada rumah ibu (rumah pusaka), tp diruntuhkan atas sebab2 tertentu...ermmm...CK tak campur laa yer...


ni plak pengat pisang nangka.. dah banyak pisang, semua juadah pisang la yang muncul...itu pun tak sempat nk buat kerepek sbb dah masak...huhuhu...



Khamis, 4 September 2014

Donut Minyak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Apa khabar semua? diharapkan sihat hendaknya. Hari ni CK kongsi satu lagi resipi donut yang gebu dan lembut. Tidak menggunakan butter, marjerin... haaa...sapa takde stok butter kat rumah, tp tingin nk makan donut, boleh lah cuba resipi ni


Donut Minyak
Bahan A
100 ml air suam
11 grm yis
4 sudu gula
Campur semua bahan dalam satu bekas tunggu hingga berbuih..
Bahan B
90 ml minyak jagung (minyak masak biasa pun boleh)
500 grm tepung
1 biji telur
2 sudu susu tepung
150ml air (ni kena agak2 yer)
1sudu kecil bread softner*
1 sk bread improver* (dua bahan * tak nak letak pun takpe, donut tetap lembut dan gebu)


Cara-cara
1. Uli tangan
Campur semua bahan di dalam bekas yis yg dah berbuih tadi uli hingga sebati
Agak2 airnya dan uli hingga doh  tidak melekat di jari 
Bulat2 kan doh dan bentukkan
Tunggu hingga naik 2x ganda...
Goreng dlm minyak panas dengan api sederhana

2.Mixer/Breadmaker
Masukkan semua bahan2 dan uli sampai doh tidak melekat di sekeliling mixer...siap dan bolehlah diperap kemudian dibentuk.


Donut ni lembut.. CK selalu buat untuk bekal anak2 ke sekolah. Sekali buat 1kg tepung, boleh frozenkan dan digunakan untuk waktu2 terdesak...hahaha...


Ahad, 31 Ogos 2014

Double Choc Almond Brownies

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Tanggal 31 Ogos, Selamat Hari Merdeka buat Malaysiaku tercinta, Selamat Hari Lahir untuk yg menyambutnya (sahabat CK, datin Salina) dan Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat sepupu CK Jaja dan Mahadir di Meru Klang. Moga kalian semua bergembira di hari bahagia ini 

OK... hari ni CK tayang brownies plak yer... Memang sedap sebab mewah dengan coklat dan kekacang. Kalo makan takbleh berenti




DOUBLE COKLAT ALMOND BROWNIES
by Cendanakasih

Bahan A

200gm butter
400gm dark coklat
(Double boiler)
Bahan B
100gm tepung kek
40gm koko(ayak sume)
Bahan C
100gm walnut..badam
1ct vanila
280gm gula castor
4bj telur

Cara
Mix gula castor..telor..vanila hingga kembang.masukkan coklat yg dicairkan bersama butter td.gaul sebati..lepas tu masukkan tepung yang diayak bersama koko..masukkan sedikit kacang almond td dlm adunan..masukkan dlm loyang sais 8inci.
tabur lebihan kacang dan letak sikit coklat cip kat atas adunan...bakar selama 30min atau hingga masak..suhu 170°c



Ok...sampai di sini dulu !! 

Isnin, 25 Ogos 2014

Manggo Casablanca

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Lama tak update blog...bz memanjang sejak raya... almaklum laaa... musim open house kan...so CK pun dah kering idea nk hidangkan apa utk tetamu yg datang setiap minggu...dan minggu ni CK hidangkan manggo casablanca la plak.. untuk kawan2 tersayang


Best friend CK tu dh lama request mende alah gini (kek cis leleh sebenarnya ) tp CK buat lah yg special sikit kat dia...


CK buat dlm 15 bekas, 5 bekas utk makan2 kami anak beranak, dan 10 bekas lagi utk tetamu yg dtg tu...ermmm...dah tak cukup la plak...so dia mintak resipi... ok...resipi di sini yer cik Nia sayang...

Resepi: Mango Casablanca
from Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
27 keping Biskut Cream Crakers
1 kg mangga masak ranum - kupas kulit dan hiris nipis
250 gram Philadelphia Cream Cheese
2 tin (300gram setiap 1 tin) Nestle Cream
300ml Sweeted Cream - boleh gunakan sukatan sendiri untuk rasa manis yang dikehendaki
susu cair - 
bekas persegi ukuiran 8" X 8" 

Cara:
1. Pukul Philadelphia Cream Cheese / Anchor Cream Cheese, Nestle Cream dan Sweeted Cream menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Ambil satu senduk besar campuran krim di atas dan tuang  merata di bahagian dasar bekas persegi.
3. Susun 3X3  biskut berjumlah 9 keping.
4. Tuangkan satu senduk campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
5. Susun kepingan hirisan mangga di atasnya.
6. Tuangkan satu senduk lagi campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
7. Susun lagi 3X3  biskut sebanyak 9 keping.
8. Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehinggalah habis 27 keping biskut.
9. Tuangkan lebih sedikit campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir.
9. Tutup bekas persegi tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sekiranya ingin dinikmati segera, bolehlah simpan di bahagian beku selama 1 jam tetapi sekiranya tidak untuk segera dimakan, bolehlah simpan di bahagian bawah sahaja sehingga sejuk.
10. Keluarkan bekas dari peti sejuk, dan potong untuk dinikmati.

CK guna bekas plastik kecil2 tu...senang nk makan 


Ok...sampai sini dulu :) 

Jumaat, 8 Ogos 2014

Puding Roti Kurma Berkuah Kastad Koktel

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 Projek menghabiskan roti, buah kurma dan buah2 koktel, maka terhasillah resipi ini... hahahaha....

Bahan
Roti secukupnya
3 biji telor*
3 sudu besar gula pasir*
1 tin susu cair *
1/2 cawan air *
1 sb tepung kastat atau tepung jagung *
1 sudu teh garam*
1 sudu teh esen vanila*
** semua bahan dipukul hingga sebati,.
kurma secukupnya
Butter secukupnya

Cara.,
CK guna loyang 8x8, menggunakan 8-10 keping roti.
Lenserkan butter di loyang 
sapu roti dengan butter secukupnya kemudian, 
Susun roti dlm loyang selapis dan taburkan kurma
Susun lagi roti, tabur kurma. Nak letak kekacang pun bleh
Ulangi proses hingga 3 @ 4 kali.
Akhirnya , siram adunan telor dan susu cair tadi atas roti2 ini.
Ratakan dan pastikan semua roti terendam. 
Tekan2 sikit.
Bakar 180'c - 30 mnt. Hingga roti atasnya perang.
Keluarkan dr oven dan sejukkan.


Kuah kastard.,
1 tin susu cair
1 1/2 susu besar tepung jagung
1 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila

Semua bahan ini di masukkan dlm periuk dan di kacau sebati.
Masak dgn api perlahan, kacau sentiasa hingga mendidih.
Matikan api dan sejukkan dlm petisejuk.
Siap utk digunakan.

Kuah dihidangkan sejuk bersama puding roti kurma. Tabur buah2 koktel...wallah.... siap satu jenis dessert utk rumah terbuka... hahaha.....

Selamat mencuba..



Ok...sampai sini dulu 

Khamis, 7 Ogos 2014

Binga Pandan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 




bingka ni mmg sedap, lembut dan terasa lemak berkrim nya.... so apa tunggu lagi...cuba laaa



Bahan bahan
2 cwn tepung gandum 
3 biji telor
2 kotak santan kara yg kecil
1 cwn air daun pandan
1 cwn air
1 cwn gula
1/2 sd teh garam
bijan utk tabur atas


Cara-cara
Satukan semua bahan
Glis acuan, dan masukkkan bahan tadi dalam acuan
bakar suhu 180°c 45-50 api atas bwh hingga  masak

Ck suka yg garing2 sikit, sbb suka makan kerak2 dia...nyum,nyum 



Ok...selamat mencuba

Ahad, 27 Julai 2014

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum semua.... fuhh...sebulan dah tak update blog...bz, bz dan bz.... Okey...esok nak raya kan...dan dikesempatan ini CK ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir Batin. Buat semua pelanggan-pelanggan CK Food, terima kasih kerana memberi kepercayaan dengan produk2 CK. Maaf andai ada kekurangan dan komen2 dari kalian akan sentiasa diambil kira bagi memperbaiki lagi kualiti produk2 CK



Tahun ni CK ronda2 satu semenanjung Malaysia untuk beraya. Bermula dari Kuala Lumpur, kemudian ke rumah abang di Taiping, singgah beraya sekejap dan kami semua ke Pulau Pinang beraya di rumah kakak plak. Lepas itu menziarahi sanak saudara di Kedah, turun semula dan singgah di Batu Kurau, Kuala Kangsar dan Ipoh. 

Sesi beraya diteruskan plak untuk keluarga sebelah Jebat di Melaka. Kemudian ziarah kawan2 di Johor... fuhhh...cukup segala perancangan untuk seminggu. Semoga semuanya berjalan lancar. Insyaalah....

Ok...SELAMAT HARI RAYA !!! 

Selasa, 24 Jun 2014

Tempahan Biskut Raya 2014 dibuka

Salam...

Mulai hari ini, sehingga 6 Julai, tempahan biskut raya dibuka. Boleh pm di facebook CK Food untuk order yer...klik kat sebelah kanan tu pun bleh !!

sanggul mak dara 
 rm28/50pcs


 Orange Casablanca 
rm25/50pcs


 Havently Sweet
rm25/50pcs


 Sweet Coconut 
rm25/50pcs



 Choc Praline Cookies
rm25/50pcs


 Choc cip 
rm23/50pcs


 popia hitam manis 
rm23 sebalang




Ok... sebelum ni pun CK dah buat iklan tentang biskut2 raya ni, cuma biskut2 di atas tu special sikit, so CK highlight dia lebih2 sikit laaa... hehehe...

Ok... jom order ...harga berpatutan. Menggunakan butter dan insyaalah sedap !!

** Order bersama bayaran yer. CK tak layan order kosong **




PERINGATAN : Please laaaa... jangan tanya resipi untuk semua biskut2 tu yer...CK malas layan orang gila. Mungkin selama ini CK terlalu baik dengan memberi resipi2 berniaga bila diminta. Hasilnya? kawan makan kawan,  blogger makan blogger,  oooo... i dah serik uollsss..... Ada ke orang niaga nk share resipi dengan peniaga yg lain??  so fikir fikirkan lah ye sebelum bertanya tu

** gambar2 di atas spt almond coconut, nesflakes cruncy telah mendapat kebenaran dari tuan punya gambar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...